Makan nasi lemak Pandan Jaya

Tuesday, September 29, 2009 | |

Balik office, pergi makan kat Pandan Jaya. Mula-mula ingatkan nak makan kat kedai 501 tapi tutup pulak, nasib baik kedai nasi lemak sebelah buka. Makan nasi lemak lauk ayam goreng, best giler time-time lapar ni. Nasi lemak ni memang sedap, sambal dia pun sedap. Isteriku makan nasi lemak dengan lauk kerang sambal.

Kuala Klawang

Sunday, September 27, 2009 | |

Sebenarnya hari ni, dari rumah Acik baru pergi rumah mak kat Bongek. Masing-masing cover baik punya takut rahsia bocor... Sampai kat rumah, Induk ada kat rumah tengah borak-borak dengan mak ayah. Kitaorg masuk rumah, salam-salam dengan muka berlakon baik punya. Masa tu mak dah siap tapi ayah belum lagi. Diaorang suruh makan dulu sebab dah masak, apa lagi melantak lagi la...

Tukar pakej Astro

Saturday, September 26, 2009 | |

Hari ni, aku tukar pakej Astro sebab pakej sukan rasanya mahal sangat. Lagipun aku jarang tengok sukan sangat, kalau tengok pun masa hujung minggu, tengok bola, F1, MotoGP, touring car, itupun bukannya tiap-tiap minggu ada macam MotoGP. Aku tukar dari RM71.95 kepada RM64.90, tukar sukan ambil Metro pakej, dalam tu ada Discovery Turbo. Discovery Turbo banyak juga rancangan yang aku suka, Fifth Gear, Redline TV, Street Custom, macam-macam ada. Takpa la tengok dulu macamana, kalau tak ok boleh tukar balik. Tapi bila call Astro, dia cakap kalau tukar pakej harga lebih rendah kena caj RM10 tapi kalau tukar pakej harga naik, takda kena caj, hampeh tul.

Kerja

| |

Hari ni, aku ada kerja sikit. Pagi-pagi aku bangun, lepas tu pergi ke Dang Wangi, pergi tapau nasi lemak lauk paru, untuk Reen aku tapaukan kerang rendang dan telur goreng. Sampai kat rumah, kami makan sama-sama. Tak lama lepas tu aku sorang2 pergi pejabat, aku tinggalkan isteriku di rumah sebab sekejap lagi Busu nak hantar Rania ke rumah untuk isteri aku jaga. Busu pun nak pergi ke pejabat.

Klinik Ibu & Anak

Thursday, September 24, 2009 | |

Hari ni, kami berdua menuju ke Klinik Ibu & Anak di Kampung Pandan Dalam. Tapi sesampainya kami di sana, kami diarahkan pergi ke Klinik Sang Kancil di Desa Pandan kerana alamat kami di sana. Tapi malangnya, hari ni Klinik Sang Kancil tu tutup sebab cuti raya. Bila dilihat jadual pada pintu masuk klinik tu, rupa-rupanya klinik ni cuma buka pada hari Khamis sahaja, itupun dari pukul 8 pagi sampai 12 tengahari sahaja. Aduh, susah macam ni, kena ambil cuti pula minggu depan.

Menuju ke Taiping untuk beraya

Monday, September 21, 2009 | |

Pukul 11.15 malam, aku sampai di rumah Desa Pandan dari Rembau. Singgah sekejap untuk mengambil barang-barang yang nak dibawa ke Taiping. Kuih-muih yang telah isteriku beli sebelum ini, dan kuih bakar yang aku beli untuk mak. Dari hari berpuasa itu hari lagi aku cari kuih ni masa kat Taiping tapi tak jumpa pula masa pergi pasar Ramadan. Lepas itu kami terus bertolak ke Taiping, pukul 2.15 pagi kami sampai di Taiping. Memang aku pecut masa tu kat highway rasanya 130-150 km/h, kereta pun tak banyak masa tu.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H

Sunday, September 20, 2009 | |

Kepada semua umat Islam, kuucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri...

Tahun ini merupakan tahun pertama aku menyambut hari raya bersama isteri. Raya pertamaku tahun ini disambut di Rembau. Di pagi raya sebelum aku pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri, aku bersalaman dengan isteriku, memohon maaf dan ampun di atas salah silap selama hidup bersama. Balik dari surau aku berehat sebentar sebab tadi aku jalan kaki laju je sorang-sorang. Kami berkumpul di rumah dahulu dan kemudian pergi ke rumah sanak saudara. Petang tu kami semua pergi ke rumah Wan, kami beraya di sana. Pergi ke rumah saudara di sekeliling rumah Wan. Malam kami pergi ke rumah Angah Siah di Pedas. Malam raya tu aku hantar balik mak, ayah dan adik ipar aku balik dan lepas itu aku terus balik Taiping dalam pukul 10.30 malam.

Balik Rembau

Friday, September 18, 2009 | |

Hari ni terasa malas je nak kerja sebab dah mood raya. Balik dari pejabat, sampai rumah terus kemas-kemas baju nak bawa balik kampung. Siap asingkan baju untuk bawa balik Taiping nanti. Masa dengar dalam radio pukul 9, jalan jam lagi sebab banyak kereta. Jadi kitaorang tunggu sampai pukul 10.30 malam baru bertolak dari rumah Desa Pandan. Masuk highway masa tu banyak juga kereta tapi nasib baik tak jam. Dekat-dekat pukul 12 kot, dalam pukul 11.40 kitaorang sampai Bongek.

Goodyear RS Sport 215/45/R17 87W

Thursday, September 17, 2009 | |

Pergggghhhh, Goodyear RS Sport 215/45/17 @ RM370, dulu Falken Azenis ST115 215/45/17 baru RM310...

Hari ni aku pergi Klang dengan Bos, nak cari tayar sebab tayar depan dah botak. Nak raya ni takut juga kalau tayar dah botak, takut time hujan je nanti. Daripada berlaku apa-apa, bak kata orang, "prevention is better then cure...", baik aku pergi tukar tayar. Sampai kat kedai Guan, aku dengan Bos pilih tayar, memang kecewa betul aku bila Guan cakap Azenis ada lagi di Jepun cuma tak lepas masuk Malaysia, aduh, tensennya. Memang betul kata Bos, kalau dah pakai Azenis memang susah nak cari ganti. Tengok tayar Brigdestone Adrenalin R001 pun mahal juga, sebiji RM450. Adik Guan siap offer tayar Bridgestone RE-01R kot, dah macam semi-slick tayar, tapi harga RM580 sebiji. Dah pening masa tu, tapi last-last adik Guan cakap ada tayar baru, Goodyear RS Sport, bila tengok bunga tayar, perggghhh, menarik juga, lembut pun lembut tayar ni, tayar Jepun lagi. Apa lagi terus sambar la, Guan cakap lepas raya harga mesti naik. Terus tukar pastu buat sekali alignment, ala, camber pun kena adjust belakang kiri.

Berbuka puasa...

Sunday, September 13, 2009 | |

Hari ni berbuka puasa dengan Busu Om dan Busu Eika kat Serdang Raya, ntah apa nama restoran tu. Mula-mula Busu cakap dia yang nak booking tempat tu, tapi last-last kitaorang yang sampai dulu masa tu pukul 6.30 petang, terus la booking tempat. Memang takda orang lagi masa tu, cuma ada 1 couple je. Tapi lepas kitaorang booking duduk kat tempat dekat dengan basuh tangan, tetiba je jadi macam ramai orang yang datang. Memang tiap kali kitaorang pergi mana-mana je, lepas tu perasan ramai plak orang yang datang. Mungkin kitaorang ni pembawa rezeki kot. Alhamdulillah... Hehehe... Kitaorang makan ikan Siakap masa 3 rasa, udang petai, telur dadar, kerabu mangga, sotong tepung dengan kangkung goreng belacan.

Kuih Raya

Friday, September 11, 2009 | |

Hari ni kena balik Rembau, sebab minggu lepas mak dah siap pesan tapi sebenarnya macam kena paksa. Cakap nak minta tolong buat kuih tapi cara cakap memang kena balik. Kalau cakap tak balik mesti lain jadinya. Lepas kerja kitaorang terus kemas-kemas balik Rembau. Sampai Bongek masa tu diaorang takda pergi surau solat tarawih. Kitaorang sampai masa tu dalam pukul 9.30 malam kot. Lepas tu terus bawa masuk rumah barang-barang nak buat kuih nanti.

Mydin Subang

Wednesday, September 9, 2009 | |

Lepas kerja, aku dan isteriku terus pergi ke rumah Busu di Bukit Serdang. Hari ni Busu ajak berbuka puasa kat rumah dia, sebab makanan semua dia dah belikan, jadi kitaorang berdua cuma datang makan je. Naik motor je pergi rumah Busu sebab takut jalan jam, Along pun ada sama nak berbuka sama dengan kitaorang. Along siap pergi beli tomyam poktek lagi kat Kirana. Lepas berbuka kitaorang pergi Mydin Subang nak beli barang-barang buat kuih raya sebab mak pesan suruh beli siap-siap. Kitaorang kat Mydin sampai pukul 10.00 kot, masa tu badan rasa letih je sebab tak mandi lagi, tapi isteriku dah mandi kat rumah Busu tadi. Masa balik rasa sejuk semacam pulak sebab dah malam.

..:: Babysitter ::..

Sunday, September 6, 2009 | |

Hari ni aku dengan isteri dari Bongek terus pergi rumah Along kat Seri Kembangan. Hari ni kami berdua jadi babysitter sebab Along nak pergi beli baju raya, kalau bawa budak-budak mesti tak dapat nak beli. Kalau setakat Alif dengan Balqis (kat sebelah ni) boleh rasanya, tapi Yaya tak tahu la boleh ke tak. Sampai kat rumah Along dalam pukul 9:30 pagi, Along masa tu tengah bersiap. Masa Along keluar Yaya dah bangun cuma Balqis je belum bangun. Balqis kalau dah bangun mesti nak ikut tapi kalau kena tinggal masa dia tidur, dia tak kisah. Ali hari ni puasa 1/2 hari, lepas tu dia tak larat. Bila Balqis dah bangun, mandikan dulu lepas tu bagi makan Balqis dengan Yaya. Nasib baik Yaya tak meragam sangat tapi jenuh plak dia asyik nak dukung je, pantang nampak, bila nampak mesti hulur tangan nak suruh dukung, sampai kena menyorok. Along balik dalam pukul 5 kot, dah siap beli makanan untuk berbuka. Hari ni berbuka kat rumah Along. Pukul 8 malam balik, tapi melencong pergi Alamanda sebab Busu dengan Rania tunggu kat sana. Rania nak jumpa, rindu katanya. Kitaorang jumpa Busu dengan Rania kat Guardian Alamanda, menjerit je Rania bila jumpa kitaorang.

...emm, entah la...

Saturday, September 5, 2009 | |

Malam semalam, ayah mentuaku call isteriku tanya tak rindu kat diaorang ke? Pelik aku dengar soalan macam tu, sebab kitaorang dah lama tak balik, tetiba tanya macam tu. Tapi kalau nak kira bukannya dah lama tak balik tapi baru 3 minggu kitaorang tak balik dah bising. Kalau nak dikira, balik Taiping baru berapa kali lepas kahwin, 3 kali kot kalau nak dibandingkan dengan balik Rembau. Bukan kitaorang nak berkira tapi, kena juga faham sebab kitaorang pun dah kahwin, mesti ada hal juga. Tiap kali kalau pasal tak balik je mesti akan jadi drama, pening aku. Kesian kat isteriku, tekanan, dah la dia tengah mengandung sekarang. Kitaorang sampai Rembau masa tu dalam pukul 12 kot.