Discharge from HKL

Saturday, October 31, 2009 | |

Pagi tu aku bangun pagi terus mandi. Lepas tu keluar jap pergi beli breakfast untuk mentua aku. Beli nasi lemak Dang Wangi. Aku makan sekali dengan mentuaku, lepas tu aku keluar pergi pejabat sebab ada kerja yang perlu diselesaikan. Pukul 11, aku balik rumah jemput mentuaku dan terus ke HKL. Sampai kat HKL memang ngam-ngam waktu melawat. Masa tu nak cari parking memang susah sebab ramai yang datang melawat. Dapat parking terus aku naik tingkat 4 wad 15, rindu sangat kat isteriku masa tu. Masa aku sampai, isteriku tengah boring sebab doktor tak bagi lagi surat untuk discharge. Dalam pukul 2 lebih kot, Wan, Acik, Busu dengan Angah datang lepas diaorang pergi kenduri kat Cheras. Lama juga kami tunggu lepas tu untuk dapatkan discharge letter tu. Last-last pukul 4 lebih baru dapat surat tu. Dapat surat terus kitaorang keluar, bukan balik rumah tapi pergi Chow Kit jalan-jalan. Balik dari Chow Kit diaorang ramai-ramai singgah rumah aku jap sambil minum petang. Tak lama lepas tu, kitaorang ikut sekali diaorang pergi rumah Busu tidur kat sana.

Sang Kancil Vs HKL

Thursday, October 29, 2009 | |

Aku bangun pukul 6.45 pagi, pastu aku kejutkan isteriku sebab hari ni kena pergi check-up. Aku suruh isteriku mandi dulu sebab nanti dia nak keluar dulu pergi klinik tu. Nasib baik klinik tu dekat je dengan rumah, 20 langkah dah sampai. Masa isteriku mandi, aku tolong gosokkan baju dia, baju baru beli semalam kat pasar malam. Semalam dah basuh pun ada juga sikit-sikit warna turun, dah nampak macam warna oren coklat plak. Tudung pun aku gosokkan sikit sebab nampak macam berkedut. Dah siap gosok semua, aku gosok baju aku plak. Sambil tunggu aku suruh isteriku makan dulu sikit Cornflakes dalam peti ais, tapi bila makan isteriku cakap rasa susu Dutchlady tu macam dah nak masam. Aku suruh jangan makan takut nanti sakit perut. 7.30 pagi baru aku mandi, tak lama lepas tu masa aku tengah mandi, isteriku dah nak keluar rumah. Bukan sebab apa, kalau lambat pergi mesti dapat lambat nombor. Lepas mandi, aku siap-siap terus keluar rumah. Aku singgah 7-Eleven beli roti dengan air coklat Dutchlady, lepas tu aku singgah Klinik Sang Kancil bagi makanan tadi pada isteriku. Nasib baik masa tu tengok dah ada orang lain, semua ibu mengandung je, bapa yang mengandungkan sorang pun takda. 5 orang termasuk isteriku. Dah bagi makanan tu, aku terus pergi pejabat. Sampai kat pejabat aku lepak dulu sebab masa tu baru pukul 8. Tak lama lepas tu ada call masuk, ingatkan isteriku yang call, ada apa-apa ke? Tengok-tengok si Ina minta tolong angkat makanan. Pukul 9.45 isteriku telefon cakap dah habis check-up. Tapi doktor bagi surat suruh refer ke HKL @ Hospital Ampang sebab BP isteriku tinggi. Kami terus ke pejabat dulu, sebab doktor cakap boleh pergi bila-bila. Tapi masa kat pejabat, petang tu isteriku cakap sakit kepala sikit. Aku ambil time-off terus la pergi Hospital Ampang. Sampai kat sana dekat-dekat pukul 5, jururawat kat sana aku nampak muka dah malas nak layan pesakit, terus je diaorang cakap taknak terima. Takpa la, hari ni hari dia. Terus la aku pergi HKL, sampai sana, terus je jururawat tu periksa isteriku. Lama juga aku tunggu, last-last isteriku memang kena tahan wad sebab BP tak turun sangat. Dah check semua, Busu pun sampai masa tu, aku temankan kejap kat wad masa daftar. Lepas tu aku balik ambil baju dengan barang keperluan lain. Aku telefon mentuaku bagi tahu, last-last diaorang nak datang plak. Aku terus ke HKL balik. Sempat la aku temankan isteriku, tapi pukul 8 aku kena balik sebab waktu melawat dah habis. Sayu je aku tengok isterku, mesti dia tahan nak nangis. Tapi nak buat macam mana, kena juga dia tinggal di wad. On the way balik, aku terasa sedih sangat, menangis juga aku atas moto sebab terkenangkan isteriku.

Xtreme Park, Paintball Session 2

Sunday, October 25, 2009 | |

Pagi ni aku bangun pukul 7 sebab dah kunci jam pukul 6 pagi tapi tidur balik. Bangun terus mandi, dah siap aku kejutkan isteriku yang tengah tidur lagi. Tanya dia kalau ada nak makan apa-apa ke sebelum aku keluar. Dia cakap taknak, dia nak tidur sebab mengantuk. Aku terus keluar masa tu dan aku pesan pada isteriku jangan bangun lebih pukul 9 pagi. Sampai kat Xtreme Park, ada yang dah sampai masa tu. Breakfast ada disediakan, apa lagi melantak dulu la. Bila check jadual, tengok-tengok dia tak ikut apa yang dia tampal semalam, maknanya team dah berterabur. Ni mesti nak selamatkan team kuat untuk pergi final, takut team kuat kalah dengan team cikai la tu. Pagi ni ada 3 game, kami seri 2 kalah 1. Tak dapat la nak pergi semi final. Ada team member muka yang bengang sebab tak dapat pergi semi, tapi nak buat macamana dah ada perlawanan ada kalah dan menang. Isteriku telefon aku, cakap nak pergi pejabat dengan Busu. Pukul 12 game aku dah habis, terus aku balik rumah masa tu. Dalam perjalanan isteriku mesej bagitahu ada Streamyx booth kat depan kedai Bata. Sampai rumah aku terus pergi booth tu untuk daftar, dia cakap semua percuma tiada yuran pendaftaran dan pengaktifan. Aku daftar untuk pakej Streamyx Combo RM60. Lepas tu aku lepak rumah je penat plak, tunggu isteriku balik dari pejabat je.

Paintball @ Xtreme Park

Saturday, October 24, 2009 | |

Hari ni aku bangun awal, isteriku juga kena bangun awal. Sebab kami nak ke Xtreme Park, aku ada game paintball. Sampai kat sana, macam awal lagi jadi aku dan isteriku cari tempat untuk breakfast dulu. Pusing-pusing jumpa gerai yang ramai orang kat Sri Petaling. Nampak macam best je. Tak tahu nak order apa, last-last isteriku order lontong, sedap juga lontong dia. Nasi lemak dia pun macam menarik. Habis makan terus ke Xtreme Park. Rupanya kat sana pun ada bagi breakfast. Game aku mula pukul 10 pagi. Hari ni kami ada 3 game. Akhirnya kami dapat masuk quarter final. Jadi kena datang esok untuk sambung game. Lepas tu terus balik rumah, rasa macam penat semacam je.

Agungnya Islam!

Thursday, October 15, 2009 | |

Allahu Akbar!

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati, mengapa kebanyakkan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa. Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'Sakaratulmaut'. Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud, "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika Azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahmu ketika maut menghampirinya". Ini jelas menunjukkan kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun sewaktu Azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati Azan, banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri, mengapa ketika Azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas siapa yang berbicara ketika Azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah Lailahaillallah. Yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dengan izin-Nya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati Azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kepada kami dengan kemation yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucapkan kalimah 'Lailahaillallah' semasa Sakaratulmaut menghampiri kami. Amin, Amin, Amin, Yarobbala'lamin".

Sesuatu yang tak pernah terjangkau di akal fikiranku ini. Subhanallah.

Ketahuilah bahawa setiap waktu, ribuan Bilal di merata dunia mengalunkan Azan, mengakui 'Bahawa Allah Saja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad S.A.W. Adalah Rasul Allah'. Diawali dengan Indonesia yang terletak di bahagian timur dengan ratusan kepulauannya dan jumlah penduduk sebanyak 180 juta. Sebaik waktu Subuh, Azan berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T. dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak ke arah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan waktu antara timur dan barat Indonesia adalah 1 1/2 jam. Belum alunan azan merata Indonesia selesai, dimulai pula di Malaysia. Berikutnya di Burma dan dalam waktu 1 jam selepas Azan dialunkan di Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh. Berikutnya alunannya akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar di barat India. Perbezaan waktu di kota-kota Pakisan adalah 40 minit jadi dalam jangka waktu ini, Azan akan berkumandang di seluruh Pakistan. Belum berakhir di Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat. Perbezaan waktu di antara Muscat dan Baghdad adalah 1 jam. Dalam jangka waktu ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Mekah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa Azan mula dialunkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9 1/2 jam. Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidah putus-putus. Subhanallah! Begitu hebat dan agungnya Islam! Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara, akan bergetar 1 dunia dengan alunan Azan yang tidak putus-putus.

Allahu Akbar!

Nasi Ayam Ownn, Keramat

Wednesday, October 14, 2009 | |

Hari ni aku minta list barang-barang dari kak Farah dan Ina. Sekarang ni dah kena buat list barang-barang untuk dibeli untuk ibu Reen dan baby. Kira-kira banyak duit nak kena ada untuk beli barang-barang ni. Baju lengan panjang, pendek, seluar, losyen, tilam, sarung tangan dan kaki, pampers, bakul dan macam-macam lagi. Moga dapatlah aku sediakan persiapan ini sebelum isteriku bersalin nanti. Lepas kerja hari ni, kami pergi makan kat nasi ayam Ownn di Keramat. Isteriku terasa nak makan kat sana. Nasib baik hari ni tak kempunan macam semalam. Masa makan, isteriku cakap baby makin aktif, tendang-tendang. Mungkin sebab dapat makan rasanya. Malam tu pun sebelum tidur, baby makin aktif, gerak sana sini. Kalau betul Busu Eika cakap, kalau dalam perut aktif malam, dah lahir nanti pun mesti sama. Kalau betul nak buat macamana, layan je, zasss...

Nasi Ayam Hainan Chee Meng

Tuesday, October 13, 2009 | |

Hari ni, tengahari kitaorang (aku, isteriku, kak Ina & Macina) pergi makan kat Megan. Tak tahu nak makan apa, makan soto ayam. Macina sekarang pun dah join kita sebab takda geng. Sambil makan kitaorang cakap pasal pergi restoran will.i.am.. Diaorang tak tahu tempat tu kat mana, tengok la nanti lepas isteriku dah bersalin ke, boleh la pergi ramai-ramai. Hari ni kerja sampai pukul 8.00 malam. Hehe, buat overtime sikit. Isteriku tolong kak Ina buat kerja. Masa balik kami ingat nak makan kat Nasi Ayam Ownn, tapi bila sampai kat sana tengok dia tengah cuci kedai. Dah abis rupanya, cepat plak abis nasi ayamnya. Dah tak tahu nak makan kat mana, kitaorang pergi makan kat Nasi Ayam Hainan Chee Meng, Desa Pandan. Aku makan nasi ayam Roasted dengan teh tarik, isteriku nasi goreng Hainan dengan asam boi. Tapi isteriku tak abis makan, sebab kurang sedap. Aku macam biasa la, atas sikit dari lori sampah, semua sebat. Masa tengah makan, baby ada gerak-gerak, time makan kot.

Lepak @ Desa Pandan

Sunday, October 11, 2009 | |

Hari ni aku dan isteriku bangun pukul 9.30 pagi. Itupun sebab dah pening kepala sebab tidur lama sangat. Aku bangun terus mandi, memang kalau aku tidur lebih dari 6 atau 7 jam, mesti aku sakit kepala. Dah mandi-mandi baru la rasa lega sikit. Aku kejutkan isteriku suruh mandi dulu, lepas tu aku keluar beli breakfast kat kedai mamak, beli roti telur 2, roti kosong, mee mamak dan horlicks. Balik rumah, kami terus makan sama-sama sebab masing-masing dah lapar. Bila dah makan ni, rasa mengantuk pulak. Tengok TV pun rasa mamai-mamai je, last-last kami tertidur balik, masa tu dah pukul 1 kot. Sedar-sedar dah pukul 4.30 petang, kepala aku pening balik. Terus aku mandi balik bagi segar. Pukul 6 kami keluar pergi Keramat sebab isteriku nak makan nasi ayam Ownn. Dah lama tak makan rasa sedap plak nasi ayam ni. Lepas makan kami terus balik rumah sebab takda nak pergi mana-mana. Sampai rumah tengok TV je sampai malam.

Overtime

Saturday, October 10, 2009 | |

Hari ni lepas bangun pagi, tu pun lambat sebenarnya bangun, dah pukul 9.30 pagi baru bangun. Terus aku gosok baju lepas tu mandi, lepas mandi tengok isteriku dah bangun. Kami siap-siap, tak lama lepas tu terus keluar rumah nak pergi kerja. Mula-mula ingatkan nak beli sarapan dulu, roti canai, tapi aku pergi basuh kereta dulu sebab kotor sangat, kesian kereta aku. Lepas basuh kereta, pergi beli sarapan, roti telur dua, roti kosong 2, horlicks dan teh tarik, terus pergi pejabat. Pukul 10.50 baru sampai pejabat, isteriku buat kerja kat tempat kak Ina. Nanti petang dalam pukul 2 nak kena jemput kak Ina sebab nak pergi open house kat rumah Shila.

Ustaz Asri & Ustaz Dzulkarnain

Wednesday, October 7, 2009 | |

Hari ni aku cari CD Ustaz Dzulkarnain Kalam Suci kat Astro Oasis. Selalu aku dengar kat Youtube dia baca Yasin, memang syahdu bacaan dia, berlagu lain dari yang lain aku rasa. Selalunya kalau CD yang aku beli kat kedai biasa, audio dia macam tak sedap sangat sebab macam rakam dari pembesar suara. Harap-harap kali ni ok la audio dia. Aku beli dari Inteam Online Mall, ok la senang sebab online. Kebetulan masa aku cari CD Ustaz Dzulkarnain, ternampak pula CD Ustaz Asri, aku pun order juga CD ni sebab memang aku cari kalau boleh nak dapatkan bacaan suci Al-Quran Ustaz Asri tapi sampai sekarang tak jumpa. Kalau lagu dengan zikrullah Ustaz Asri ada la tapi aku memang cari Ustaz Asri baca 30 juzuk Al-Quran tapi tak berjumpa. Dan sampai bila-bila la kot aku tak jumpa CD tu sebab Ustaz Asri pun dah kembali ke Rahmatullah. Al-Fatihah, moga arwah Ustaz Asri dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin.

Kingston DataTraveler 410 8GB

Tuesday, October 6, 2009 | |

Kingston DataTraveler 410 8GB @ RM80. Ni yang paling murah harga aku dapat. Beli online dalam moresales.com.my, kalau website lain lagi mahal harga thumbdrive ni. Takut juga aku kalau kena yang imitation punya produk. Tapi tawakal je la pada Allah, harap-harap yang ni original produk bukannya imitation. Dah pergi semalam Low Yat Plaza tapi cari thumbdrive ni takda, tak tahu la mungkin sebab yang ni baru lagi jadi takda jual lagi kat sana. Kalau ikutkan dalam masa 3 hari sampai la, sempat la aku bagi kat diaorang nanti untuk hadiah hari lahir aku sebab diaorang suruh beli sendiri hadiah. Nanti boleh claim balik RM30.

Raya sakan...

Saturday, October 3, 2009 | |

Hari ni aku bangun dulu, siap-siap mandi aku kejutkan isteriku lepas tu aku keluar pergi Dang Wangi beli nasi lemak. Lepas tu aku pergi pejabat kejap, settlekan dulu kerja sikit-sikit, dah siap terus balik rumah. Sampai kat rumah masa tu isteriku tidur lagi, ingatkan dah bangun. Aku kejutkan isteriku sebab nak makan perut dah lapar, lepas dia siap-siap mandi, kami makan bersama sambil tengok TV. Lepas tu Acik Memon mesej isteriku cakap nak datang rumah. Aku ingat masa tu nak masak spagetti tapi rupanya diaorg dah nak sampai kat rumah. 10.30 kot diaorang sampai rumah, kebetulan masa tu aku pergi beli air kat kedai mamak, naik sama dengan diaorang. Diaorang lepak dulu kat rumah, Wan Jenah apa lagi tengok-tengok rumah kami tinggal pastu dia cakap elok rumah ni, matahari masuk murah rezeki. Kalau ada duit Wan Jenah suruh beli je rumah ni. Tak lama lepas tu kami semua keluar nak pergi beraya. Aku, isteriku, Nasuha dengan Rania naik kereta aku, pastu Wan Jenah, Acik Memon, Ida dengan Busu Eika naik Waja. Kami terus ke Setapak pergi rumah adik Wan tapi sampai sana dia dah pindah, lepas telefon kami ke Bukit Permata, Gombak. Nasib baik senang je nak cari rumah. Lepas beraya kat sana kami ke Puchong jemput Kak Ya, terus ke rumah Tok Cu kat Klang. Masing-masing dah lapar masa tu, terus makan je. Abis beraya kat sana kami ke Kapar plak rumah Alang anak Wan Teh. Memang jauh Kapar ni, kematu bontot masing-masing. Lepas Maghrib, kami bertolak balik KL sebab Busu Eika nak pergi rumah kakak dia. Masa balik ikut jalan lain, tahu-tahu keluar Jalan Duta rupanya. Sampai kat Tol Jalan Duta, kami berhenti sebab isteriku dah tak larat, jadi Wan Jenah kena naik dengan Busu balik Bukit Serdang. Kami lepas tu terus balik rumah, rasa penat semacam je.

Kad Perakuan Nikah

Friday, October 2, 2009 | |

Alhamdulillah, setelah 4 bulan menunggu akhirnya siap juga Kad Perakuan Nikah dan Sijil Nikah. Sijil Nikah dah siap 3 bulan lepas tapi sebab kena ambil cuti untuk ambil kad dan sijil ni, lebih baik tunggu kad siap baru pergi ambil sekali. Hari ni aku ambil cuti 1/2 hari, lepas hantar isteriku pagi tu, aku terus balik ke Rembau. Sepanjang jalan takda la banyak kereta sangat. Masa tu dalam pukul 9.30 kot. Sampai kat Pejabat Agama Islam Rembau, aku tunggu sebab ada 3 kaunter, tiga-tiga penuh. Nasib baik takda orang masa tu, lepas sorang tu tinggalkan kaunter, aku pergi dan sekejap je kakak tu cari sijil dan kad nikah dah jumpa. Tapi aku tengok dalam kotak tu ramai lagi rupanya tak ambil sijil dan kad nikah. Lepas isi borang semua, periksa semua nama betul, aku balik ke KL. Sampai rumah Desa Pandan pukul 11.45, terus parking kereta naik motor pergi PNB Jln Tun Razak, masukkan duit dalam ASB isteriku. Nasib baik masa tu tak ramai orang, yang ramai kaunter keluarkan duit. Lepas tu aku pergi masjid KLCC solat Jumaat kat sana. Mula ingatkan nak solat kat Tabung Haji tapi masa tu awal lagi, aku pergi masjid KLCC la senang nak parking motor.

Check-Up @ Klinik Komuniti Desa Pandan

Thursday, October 1, 2009 | |

Hari ni pukul 6.30 pagi aku dah bangun, terus gosok baju dan seluar. Lepas tu terus mandi, keluar bilik air, baru aku ingat nak kejutkan isteriku tapi tengok-tengok dia dah bangun tengah gosok baju. Aku pun siap-siap terus keluar rumah pergi pejabat dulu. Sampai kat pejabat, on kan komputer lepas tu terus pergi Klinik Komuniti Desa Pandan. Sampai kat sana tengok isteriku dah tunggu, masa tu pun dah ada 4 orang ibu mengandung termasuk isteriku. Kalau nak pergi klinik kerajaan ni memang kena awal-awal. Tunggu sampai pukul 8 baru buka klinik tu, bila staf tu letak je nombor kat meja, semua berebut ambil nombor, aku dengan isteriku yang tak tahu apa-apa pun pergi je kat meja tu ambil nombor. Dapat nombor 9, padahal isteriku orang yang ke-2 sebenarnya tunggu kat situ. Masa daftar staf tu nak kad pengenalan suami, nasib baik aku ada kat situ, lepas tu aku balik rumah ambil bil elektrik, itupun dia nak juga untuk kali pertama. Nasib baik rumah 20 langkah dah sampai. Dah daftar semua, isteriku kena uji air kencing dulu, kena timbang, berat dia 60.5kg tinggi 157sm. Berat naik, sebelum kahwin rasanya 54kg, tapi tekanan darah isteriku tinggi sebab dia darah gemuruh, takut pergi klinik, bacaan pertama 161/98, kali kedua 138/95, bacaan ketiga berapa entah, kali ke-4 baru ok, 130/80. Pukul 10.30 baru selesai semuanya, 3 jam baru habis, lama betul. Akhirnya dapat juga Buku Merah ni. Tapi dah tahu dah, temujanji lepas ni 29.10.2009, kalau pergi nanti kena duduk dekat meja dia letak nombor senang nak ambil. Kakak yang dapat nombor 1 tadi pun pukul 9 baru habis semua.