Kisah Nabi Isa a.s. dengan Iblis
Imam Ahmad dalam kitab al-Zuhd meriwayatkan daripada Ibn Syihab al-Zuhri katanya, "Iblis bertanya kepada Nabi Isa a.s.: "Wahai Anak Maryam, bukankah musibah tidak akan menimpamu kecuali dengan ketentuan Allah?" Nabi Isa menjawab: "Benar, wahai musuh Allah. Iblis berkata lagi, "Kalau begitu, cubalah engkau naik ke puncak gunung, lalu lemparkanlah dirimu dari atasnya. Lihatlah apakah engkau mati atau tidak?". Nabi Isa menjawab, "Wahai musuh Allah, sesungguhnya Tuhan boleh menguji hambaNya, tetapi hamba tidak boleh menguji Tuhannya".
Niat Baik Niat Buruk
Ibn Abbas r.a. berkata, "Rasulullah s.a.w. meriwayatkan bahawa Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:
Sesungguhnya Allah mencatatkan seluruh kebaikan dan keburukan. Kemudian Allah menjelaskan, "Barangsiapa yang memiliki keinginan untuk melakukan kebaikan, tapi ia tidak sempat melakukannya, maka Allah mencatatkan satu kebaikan yang utuh untuknya. Jika ia benar-benar melakukannya, maka Allah mencatatkan untuknya sepuluh kebaikan (pahala) hingga 700 kali ganda, bahkan lebih baik.
Jika ia memiliki keinginan melakukan perbuatan yang keji, tapi ia tidak sempat melakukannya, Allah mencatat satu kebaikan yang utuh untuknya. Jika ia memiliki keinginan untuk melakukan perbuatan keji dan ia benar-benar melakukannya, Allah mencatat untuknya satu kekejian (dosa)" (Hadis Riwayat al-Bukhari).
Dipetik daripada Majalah Solusi isu terkini (No. 14).
Kisah Nabi Isa a.s. dengan Iblis
kategori: .u.m.u.m.
Hari pertama kerja di tahun 2010
Hari ni hari pertama dalam tahun 2010 untuk memulakan kerja. Setelah lama bercuti, macam biasa la mula la datang penyakit malas. Kena plak pagi tu aku dengar kat luar rumah hujan plak, lagi la makin malas nak bangun pagi. Tapi akhirnya berjaya juga aku lawan hasutan yang menyuruh aku terus lena untuk tidur. Aku terus gosok baju, dan lepas tu kejutkan isteriku. Nasib baik masa kami tengah siap-siap, hujan dah mula reda. Dalam perjalanan, cuma ada setitis dua hujan. Masa lalu depan sekolah kebangsaan, banyak betul kereta sebab ramai ibubapa yang hantar anak untuk hari pertama persekolahan. Lepas beli sarapan kami terus ke pejabat. Hari ni banyak plak kerja nak disiapkan. Tengahari makan pukul 1, macam biasa la 3 orang pergi Megan je senang. Hari ni malas plak nak buat overtime, nasib baik kerja semua dah habis. Balik kerja terus pergi Asama. Tapau je sebab hari macam nak hujan. Makan kat rumah best sikit sebab boleh gelojoh sikit, hehehe.
kategori: .f.a.m.i.l.y.
Tahun Baru 2010
"SELAMAT DATANG TAHUN BARU 2010"
Rasulullah Selalu Berlapar
Aisyah r.ha. berkata, "Tidak pernah keluarga Rasulullah s.a.w. kenyang makan roti gandum tiga hari berturut-turut sejak beliau datang di Madinah sehingga beliau meninggal dunia". Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu'aim, Khatib, Ibn Asakir dan Ibn al-Najjar daripada Abu Hurairah r.a. dia berkata:
"Aku pernah datang kepada Rasulullah s.a.w. ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya: "Ya Rasulullah! Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau sakit?"
Jawab Baginda, "Aku lapar, wahai Abu Hurairah!"
Mendengar jawapan Baginda itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan Baginda itu. Baginda merasa kasihan melihat aku menangis lalu berkata:
"Wahai Abu Hurairah! jangan menangis, kerana beratnya hisab di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya semasa hidup di dunia".
(Dari kolum Assalamualaika Ya Rasulullah, Majalah Solusi isu No. 14)
kategori: .u.m.u.m.
Masa Itu Emas
Hijrah
Solat Tiang Agama
Zikrullah
۞ Alhamdulillah apabila selesai
۞ Astagfirullah jika tersilap
۞ Insya Allah jika merancang
۞ La Haula Wala Kuwwata Illa Billah jika tak menyukai
۞ Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiuun apabila musibah
۞ La Ilaha Illa Allah Muhammad Rasulullah setiap masa
Hari-Hari Yang Berlalu...
AsmaulHusna
.k.a.t.e.g.o.r.i.
- .c.h.e.c.k.u.p. (8)
- .f.a.m.i.l.y. (25)
- .k.a.h.w.i.n. (7)
- .k.e.r.e.t.a. (1)
- .k.e.r.j.a. (2)
- .k.l.a.w.a.n.g. (5)
- .r.e.m.b.a.u. (11)
- .t.a.i.p.i.n.g. (5)
- .u.m.u.m. (10)
- * (5)