Hari ni Akid kena cucuk 1 bulan. Akid pergi Klinik Desa Bongek untuk cucuk dan periksa semua. Hari ni berat Akid dah 4.7kg, alhamdulillah sihat Akid dan pemeriksaan semua ok. Masa nak cucuk, Akid tengah tidur, nurse tu kejutkan Akid terus dia mengamuk, menangis sikit sebab orang kacau dia tidur. Tapi masa nurse tu cucuk dia diam plak. Nasib baik Akid boleh tahan kena cucuk. Lepas cucuk Akid kena pergi jumpa doktor kat Klinik Kesihatan Rembau plak untuk pemeriksaan 1 bulan. Doktor periksa, alhamdulillah Akid ok semua. Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah kesihatan kepada anakku, jauhilah dirinya dari sakit, sesungguhnya hamba-Mu ini mengharapkan kurniaan dari-Mu agar keluargaku sihat selalu. Amin.
Monday, April 5, 2010
Wednesday, March 3, 2010
Akid Amsyar 03.03.10 @ 01.11 pagi
Saturday, February 27, 2010
Waktu melawat 12.30 petang - 7.30 malam
Pagi ni aku bangun awal, mandi-mandi terus pergi pejabat. Kebetulan hari ni Busu pun nak pergi pejabat, elok aku sampai pejabat, Busu pun sampai tapi dia pergi klinik dulu. Masuk pejabat, aku terus telefon isteriku tapi tak angkat. Tak lama lepas tu isteriku telefon, dia cakap doktor pakar dah datang, dia bagi pilihan 1) esok induce 2) dia bagi balik tapi apa-apa risiko tanggung sendiri. Buntu juga aku jadinya. Air kencing dah tak kotor pastu darah pun ok. Cuma Total Protein dalam darah kurang 2 point dan albumin pun kurang 2 point. Lepas tu mak mentua aku telefon, dia cakap dah masak lauk untuk isteriku. Terpaksa aku pinjam kereta Busu untuk pergi ambil lauk tu sebab aku datang pejabat naik motor. Baru separuh jalan, Busu telefon cakap Mira dah abis ambil test komputer, dia dapat 48 markah. Aku pergi jemput dia dulu pastu baru balik rumah Busu. Sampai rumah, aku makan dulu sikit, lepas tu terus pergi pejabat balik. Sampai pejabat, aku terus pergi hospital untuk tengok isteriku yang tercinta. Sampai masa tu ngam-ngam pukul 12.30. Kami makan sama-sama lauk yang mak mentuaku masak. Tapi isteriku tak lalu nak makan sebab fikirkan apa yang doktor pakar cakap. Rasanya nak taknak terpaksa juga ambil pilihan induce.
Tuesday, February 23, 2010
Check-Up @ HKL
Hari ni, aku bangun pagi dan terus pergi Dang Wangi beli nasi lemak. Lepas makan, kami siap-siap nak pergi HKL ada appointment check-up. Hari ni lambat sikit check-up, pukul 11.30 pagi. Kebetulan masa masuk pintu klinik tu, terserempak dengan makchek. Lepas check air kencing, isteriku pergi check BP. Tinggi juga hari ni, kena jumpa doktor. Bila giliran isteriku, makchek tolong panggil dapat la cepat sikit. Tapi bila dah masuk dalam jumpa doktor, aku kat luar rasa lama plak. Macam ada masalah je. Bila isteriku keluar, dia cakap air kencing kotor, pastu BP pun tinggi. Doktor terus tahan.
Wednesday, January 6, 2010
Kisah Nabi Isa a.s. dengan Iblis
Kisah Nabi Isa a.s. dengan Iblis
Imam Ahmad dalam kitab al-Zuhd meriwayatkan daripada Ibn Syihab al-Zuhri katanya, "Iblis bertanya kepada Nabi Isa a.s.: "Wahai Anak Maryam, bukankah musibah tidak akan menimpamu kecuali dengan ketentuan Allah?" Nabi Isa menjawab: "Benar, wahai musuh Allah. Iblis berkata lagi, "Kalau begitu, cubalah engkau naik ke puncak gunung, lalu lemparkanlah dirimu dari atasnya. Lihatlah apakah engkau mati atau tidak?". Nabi Isa menjawab, "Wahai musuh Allah, sesungguhnya Tuhan boleh menguji hambaNya, tetapi hamba tidak boleh menguji Tuhannya".
Niat Baik Niat Buruk
Ibn Abbas r.a. berkata, "Rasulullah s.a.w. meriwayatkan bahawa Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:
Sesungguhnya Allah mencatatkan seluruh kebaikan dan keburukan. Kemudian Allah menjelaskan, "Barangsiapa yang memiliki keinginan untuk melakukan kebaikan, tapi ia tidak sempat melakukannya, maka Allah mencatatkan satu kebaikan yang utuh untuknya. Jika ia benar-benar melakukannya, maka Allah mencatatkan untuknya sepuluh kebaikan (pahala) hingga 700 kali ganda, bahkan lebih baik.
Jika ia memiliki keinginan melakukan perbuatan yang keji, tapi ia tidak sempat melakukannya, Allah mencatat satu kebaikan yang utuh untuknya. Jika ia memiliki keinginan untuk melakukan perbuatan keji dan ia benar-benar melakukannya, Allah mencatat untuknya satu kekejian (dosa)" (Hadis Riwayat al-Bukhari).
Dipetik daripada Majalah Solusi isu terkini (No. 14).

Monday, January 4, 2010
Hari pertama kerja di tahun 2010
Hari ni hari pertama dalam tahun 2010 untuk memulakan kerja. Setelah lama bercuti, macam biasa la mula la datang penyakit malas. Kena plak pagi tu aku dengar kat luar rumah hujan plak, lagi la makin malas nak bangun pagi. Tapi akhirnya berjaya juga aku lawan hasutan yang menyuruh aku terus lena untuk tidur. Aku terus gosok baju, dan lepas tu kejutkan isteriku. Nasib baik masa kami tengah siap-siap, hujan dah mula reda. Dalam perjalanan, cuma ada setitis dua hujan. Masa lalu depan sekolah kebangsaan, banyak betul kereta sebab ramai ibubapa yang hantar anak untuk hari pertama persekolahan. Lepas beli sarapan kami terus ke pejabat. Hari ni banyak plak kerja nak disiapkan. Tengahari makan pukul 1, macam biasa la 3 orang pergi Megan je senang. Hari ni malas plak nak buat overtime, nasib baik kerja semua dah habis. Balik kerja terus pergi Asama. Tapau je sebab hari macam nak hujan. Makan kat rumah best sikit sebab boleh gelojoh sikit, hehehe.
Friday, January 1, 2010
Tahun Baru 2010
"SELAMAT DATANG TAHUN BARU 2010"
Rasulullah Selalu Berlapar
Aisyah r.ha. berkata, "Tidak pernah keluarga Rasulullah s.a.w. kenyang makan roti gandum tiga hari berturut-turut sejak beliau datang di Madinah sehingga beliau meninggal dunia". Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu'aim, Khatib, Ibn Asakir dan Ibn al-Najjar daripada Abu Hurairah r.a. dia berkata:
"Aku pernah datang kepada Rasulullah s.a.w. ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya: "Ya Rasulullah! Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau sakit?"
Jawab Baginda, "Aku lapar, wahai Abu Hurairah!"
Mendengar jawapan Baginda itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan Baginda itu. Baginda merasa kasihan melihat aku menangis lalu berkata:
"Wahai Abu Hurairah! jangan menangis, kerana beratnya hisab di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya semasa hidup di dunia".
(Dari kolum Assalamualaika Ya Rasulullah, Majalah Solusi isu No. 14)