Follow-Up Checkup @ HKL

Tuesday, December 29, 2009 | |

Dah pukul 2 pagi tapi aku tak tidur lagi. Hari ni isteriku ada follow-up checkup kat HKL. Kalau hari ni checkup dan semuanya ok, lepas ni tak payah lagi datang checkup kat HKL. Nanti hari Khamis ni monthly checkup kat Klinik Sang Kancil plak. Sekejap je kandungan isteriku dah 29 minggu. Mungkin bulan 1 nanti, mentuaku nak buat kenduri doa selamat, baca Yassin sebab kandungan isteriku dah 7 bulan. Tak tahu la aku, kata diaorang itu memang ada orang sana. Pelik juga aku, kenapa tak buat kenduri doa selamat lepas semuanya selamat, maksudku selepas isteriku selamat bersalin nanti. Kalau setakat bacaan doa selamat @ bacaan Yassin, aku ok je tapi jangan plak sampai ada yang melenggang perut ke mandi bunga ke. Itu dah jadi ikutan kaum lain, aku tak nak sebab dah khurafat kiranya.Bukannya aku ni pandai sangat bab agama tapi sebab banyak aku baca dari soal-soal agama.

EL

Monday, December 28, 2009 | |

Hari ni aku terpaksa ambil EL. Macam biasa la, aku kena juga hantar isteriku ke pejabat pagi tu. Tengahari pun aku tak dapat makan sama dengan isteriku. Petang tu 5.45 tepat aku jemput isteriku balik. Hari mendung je petang tu, nasib baik sampai kedai makan Asama tak hujan lagi. Masa kami tengah makan, baru la hujan turun, nasib baik sempat sampai kedai makan dulu. Kami terpaksa tunggu sampai hujan reda baru balik rumah. Sampai rumah, macam biasa la, isteriku tengok FB dia dulu sebab nak tengok ladang dia. Lepas tu baru aku tengok kampung aku plak. Malam ni macam biasa la, isteriku tidur dulu lepas tengok Awan Dania Di Sebalik Tabir. Aku terus tengok Internet sambil tengok kampung sambil download lagu sambil tengok email.

1Utama

Sunday, December 27, 2009 | |

Bangun pagi tu, aku terus mandi dan bersiap nak pergi pejabat. Hari ni isteriku masak cekodok sebab kami dah tak tahu nak makan apa pagi ni. Petang tu kami tak tahu nak pergi mana, last-last kami pergi ke 1Utama. Sampai 1Utama, susah betul nak cari parking, berapa kali pusing pun tak tahu la, last-last dapat juga parking. Lain kali memang tak boleh pergi 1Utama hari Ahad tapi kalau hari Sabtu ok lagi. Parking tu pun keluar kat Parkson rupanya. Kami terus pergi cari Kenny Rogers dulu sebab masing-masing lapar. Lepas makan kami pergi Jusco pusing-pusing tengok barang baby. Tapi tak beli apa-apa pun sebab tengok seluar jeans baby boy, terkedu juga la. Dah macam harga orang dewasa. Lepas tu kami pergi beli Roti Boy. Dah tak tahu nak pergi mana, kami balik rumah. Memang takda kerja betul la, pergi 1Utama semata-mata nak makan Kenny Rogers lepas tu balik. Hehehe...

Tahun baru di Rembau

Friday, December 18, 2009 | |

Lepas kerja balik Rembau.

Awal Muharram 1431H

| |

Selamat Menyambut Awal Muharram 1431H
1 Muharram 1431H | 18 Disember 2009

Doa Akhir Tahun
"Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Segala puji itu bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh Alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tiada meredhai dan Engkau memang tiada lupakannya (Tuhan tiada bersifat lupa) dan Engkau berlembut tiada mengazabkan kami malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu. Maka kami sekalian mohon keampunan-Mu. Ya Allah, ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya. Maka kami mohon diperkenankan akan perbuatan (amal bakti) yang telah kami lakukan itu dan Engkau tidak-menghampakan harapan kami. Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah."

Doa Awal Tahun
"Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Segala pujian itu bagi Allah Tuhan sekalian Alam. Rahmat dan sejahtera atas Penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W. dan atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada, tiada permulaan. Kelebihan-Mu Maha Besar dan kemurahan-Mu sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru, kami mohon kepada-Mu agar terpelihara kami sekalian di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan-syaitan yang terlaknat juga daripada kuncu-kuncu syaitan dan bala tenteranya. Dan kami mohon daripada-Mu akan pertolongan mengalahkan runtutan nafsu amarah (Nafsu yang mendorong kepada kejahatan). Kami mohon juga kepada-Mu Ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada-Mu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Agung Lagi Mulia. Ya Allah Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat."

Nasi Ayam Berempah & Sambal Ikan Bilis

Wednesday, December 16, 2009 | |

Hari ni aku bangun macam biasa. Dah tengok-tengok kampung, aku gosok baju lepas tu kejutkan isteriku. Isteriku nak makan nasi lemak depan KLCC, nasib baik hari ni ada. Tengahari kami order dengan kak Zurina, nasi ayam berempah, sambal ikan bilis, telur asin dan sayur taugeh masak lemak putih. Sedap gila. Hari ni aku, isteriku dan kak Ina overtime sebab banyak kerja. Aku tolong buat resume untuk anak buah kak Rausah. Balik kerja, hujan plak tapi nasib baik tak lebat sangat. Kami redah je la, sampai kat rumah, aku hantar isteriku dulu lepas tu aku pergi Asama bungkus. Aku order set ayam dan isteriku nasi goreng kampung. Hari ni Rabu takda cerita best plak kat TV.

Ayam Masak Kicap Black Pepper

Tuesday, December 15, 2009 | |

Hari ni macam biasa, aku bangun awal, on komputer dan tengok-tengok kampung dulu. Lepas tu gosok baju dan seluar dan kejutkan isteriku. Dah siap-siap terus keluar pergi pejabat. Hari ni aku tak tahu nak makan apa, isteriku nak makan nasi lemak depan KLCC tapi rasanya takda sebab cuti sekolah. Last-last nak beli kat tingkat 31 pun takda juga sebab kakak tu cuti. Tak sarapan lagi aku dan isteriku pagi ni. Tengahari aku, isteriku dan kak Ina makan kat Ave K. Tak tahu nak makan apa last-last order nasi goreng Jawa. Balik dari Ave K kami singgah Getah nak beli buah. Petang masa kat pejabat aku rasa mengantuk gila, memang tak tahan la rasanya. Dua cawan aku minum Nescafe. Pukul 5.45 aku tengok cuaca kat luar macam nak hujan, terus la aku ajak isteriku balik. Elok sampai kat rumah, masa kami nak mula masak ayam masak kicap black pepper, hujan lebat kat luar. Nasib baik kami balik awal. Malam ni makan masakan sendiri, sedap tu.

KUB HKL

Monday, December 14, 2009 | |

Hari ni aku bangun awal, macam biasa la tengok kampung dulu. Pastikan ok baru mandi nak siap hantar isteriku pergi pejabat. Hari ni aku ambil cuti sebab petang nanti nak pergi HKL, isteriku ada follow-up check-up kat sana. Pukul 7.50 aku dan isteriku keluar rumah terus ke Dang Wangi, makan nasi lemak dulu kat sana. Masa tu nasib baik tak ramai orang, dah abis makan aku terus hantar isteriku ke pejabat. Sampai kat rumah, aku basuh baju dulu sebab dah banyak plak. Lepas tu buka Internet macam biasa la, tengok kampung dan download lagu. Pukul 1.15 aku keluar rumah nak jemput isteriku dan terus ke HKL. Sampai kat HKL dalam pukul 1.45, terus pergi Jabatan Ultrasound tapi masa tu baru 1.45, macam biasa la mesti kena tunggu pukul 2 sebab temujanji pukul 2. Pukul 2.40 baru nama isteriku dipanggil, sementara aku tunggu kat luar tu, macam-macam pesakit yang datang. Lebih kurang 15 minit lepas tu, isteriku keluar dan dapat keputusan, Alhamdulillah, semuanya ok. Ingatkan nak terus balik rumah tapi keluar je dari situ, hujan lebat. Pergi kafetria dulu makan sebab lapar. Dalam 4.30 hujan dan renyai, kami redah je sebab nanti tunggu pukul berapa plak. Sepanjang jalan nasib baik tak hujan dah. Sampai kat rumah, isteriku penat agaknya, dia baring terus tidur. Malam tu kami makan kat Asama, sedap juga set makan dia, nasi putih, ayam goreng dengan ulam. Dan berapa kali ntah kami makan menu ni.

Streamyx-In-A-Box

Thursday, December 10, 2009 | |

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku masukkan Streamyx kat rumah. Selepas menunggu selama 1 bulan lebih, hari ni dapat aku melayari internet dari rumah. Dapat la aku nak tengok-tengok kampung aku. Ingatkan susah sangat nak setupkan Streamyx sebab ikut CD setup dia tak menjadi, tapi rupa-rupanya akaun aku dah lama aktif, so terus je boleh online.

Sedikit proses yang aku alami:
25.10.2009 - Aku apply Streamyx-In-A-Box dekat rumah aku, sebab masa tu diaorang ada buka booth. Dia cakap dalam 1 minggu Telekom akan telefon untuk pasang line telefon.
06.11.2009 - Kontraktor Telekom telefon cakap nak pasang telefon hari ni. Aku tunggu kat rumah, tak lama lepas tu kontraktor sampai. Dia usik-usik kotak line telefon tu, lepas tu buat-buat buka kotak tu yang memang wayar telefon tu ok (sebab aku dah check sebelum tu), pastu dia telefon operator kot, dah ok. Kena la caj RM30 untuk semua tu.
11.11.2009 - Aku emel Telekom tanya pasal status Streamyx aku, dan dia sarankan aku pergi ke TM Point berdekatan untuk periksa status sebab dalam sistem dia takda apa-apa.
13.11.2009 - Aku pergi TM Point Jalan Raja Chulan, dan aku re-apply balik Streamyx. Sebab yang sebelum ni aku apply dengan ejen Telekom. Dia cakap kalau melalui ejen memang lembat sebab kena tunggu ejen submit aku punya permohonan. Dia cuba tolong hack aku punya no telefon supaya boleh submit untuk Streamyx.
30.11.2009 - Aku pergi sekali lagi ke TM Point, kali ni Telekom cakap lebih baik tukar no telefon. Sebab no telefon yang ada sekarang Telekom dah book untuk ejen, jadi susah dia nak submit aku punya permohonan Streamyx. Jadi aku pun tukar la nombor telefon. Aku cakap nak pasang sendiri je, tapi dia cakap kalau technician pasang boleh terus guna. Kalau sendiri pasang susah sikit. Jadi aku terima apa dia cakap, jadi kena la tunggu plak technician dia telefon aku nanti.
09.12.2009 - Aku telefon 100 tanya pasal aku punya permohonan Streamyx. Dia cakap semua permohonan dah proses pada 03.12.2009 dan ok. Dan dia akan emel kepada TM Point Jalan Raja Chulan untuk tanya apa yang sangkut ke. Dan bagi aku no report.
10.12 2009 - Aku terima panggilan dari Telekom cakap Streamyx-In-A-Box aku dah boleh ambil di TM Point Jalan Raja Chulan. Laaaaa, kena ambil rupanya, ingatkan technician dia nak datang rumah. Takpa la, aku pergi la ambil daripada kena tunggu technician dia datang bila plak. Sampai sana, dia cakap sebelum ni ada telefon aku tapi mungkin aku engaged. Aik? Rasanya kalau aku engaged, mesti ada call waiting sebab aku dah aktifkan call waiting. Emmm, entahla. Malam tu aku cuba install semua, dan akhirnya dapat aku melayari Internet.

Modem jenis Riger DB108-WL Wireless ADSL 2/2+

Asama

Wednesday, December 9, 2009 | |

Hari ni bangun macam biasa, bangun awal terus gosok baju. Pakai baju merah senang sikit tak payah nak pening-pening kepala. Lepas gosok baju, aku kejutkan isteriku. Isteriku pesan nasi lemak kat Macina sebab dia nak beli dekat Setapak. Sedap juga nasi lemak dia sebab terasa lemak nasi dia. Tenghari aku, isterku dan kak Ina makan kat Megan. Hari ni ada banyak kerja, kena la overtime hari ni. Balik dari pejabat, kami terus pergi Asama, makan kat sana. Isteriku suka nak makan kat sana.

will.i.am

Saturday, December 5, 2009 | |

Hari ni aku bangun dulu, lepas tu keluarkan bahan-bahan untuk masak bihun goreng. Aku siap-siapkan bahan-bahan untuk masak, lepas tu aku kejutkan isteriku untuk masak bihun. Lepas siap semua masak bihun, kitaorang mandi dulu dan kemudian sarapan sama-sama. Dah siap semua, terus pergi pejabat nak buat overtime. Hari ni buat overtime sebab banyak kerja. Lepas balik kerja kitaorang pergi MidValley Megamall. Boleh plak jumpa si Ruru tengah jalan-jalan. Baru sekejap masuk MidValley, isteriku cakap malas nak jalan-jalan sebab ramai sangat orang. Aku dan isteriku keluar balik, nak pergi 1Utama. Tapi sebab perut lapar, pergi will.i.am nak makan dulu. Isteriku makan nasi goreng ketam, aku order apa ntah, mee apa ntah, sedap juga tapi cepat muak sebab kicap dia manis. Last-last aku dan isteriku kekenyangan, terus je balik rumah tak jadi pergi 1Utama.