Cucuk Sebulan

Monday, April 5, 2010 | |

Hari ni Akid kena cucuk 1 bulan. Akid pergi Klinik Desa Bongek untuk cucuk dan periksa semua. Hari ni berat Akid dah 4.7kg, alhamdulillah sihat Akid dan pemeriksaan semua ok. Masa nak cucuk, Akid tengah tidur, nurse tu kejutkan Akid terus dia mengamuk, menangis sikit sebab orang kacau dia tidur. Tapi masa nurse tu cucuk dia diam plak. Nasib baik Akid boleh tahan kena cucuk. Lepas cucuk Akid kena pergi jumpa doktor kat Klinik Kesihatan Rembau plak untuk pemeriksaan 1 bulan. Doktor periksa, alhamdulillah Akid ok semua. Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah kesihatan kepada anakku, jauhilah dirinya dari sakit, sesungguhnya hamba-Mu ini mengharapkan kurniaan dari-Mu agar keluargaku sihat selalu. Amin.

Akid Amsyar 03.03.10 @ 01.11 pagi

Wednesday, March 3, 2010 | |

Pagi 02.03.10, isteriku telefon, katanya doktor dah datang periksa. Rahim dah buka 3sm masa tu. Doktor kata kejap lagi tolak masuk labour room. Aku terus siap-siap masa tu, terus pergi ke HKL. Isteriku cakap doktor pakar pun dah datang, dia cakap nanti masuk labour room, kena pecahkan air ketuban dulu. Sampai kat HKL, aku kena tunggu dulu kat luar, nampak isteriku di kaunter dengan nurse untuk sediakan dokumen yang patut. Masa tu aku tengah kakak yang duduk depan katil isteriku pun sama dah ada atas katil nak tolak ke labou room. Aku masuk dalam temankan isteriku di kaunter, lepas tu Dr Azam cakap kat aku suami boleh temankan. Pukul 11.30 pagi isteriku ditolak masuk ke labour room. Aku kena tunggu dulu sekejap kat luar. Lepas tu nurse panggil aku untuk temankan isteriku dalam labour room. Tak lama lepas tu doktor masuk bilik tu sebab nak inject epidural, doktor cakap anak pertama diaorang bagi epidural. Masa lunch makchek datang tengok kat labour room. Nurse Farina yang pagi tadi yang patut sambut jika isteriku bersalin pun dan balik shift pukul 2 petang habis. Yang ganti nurse Marina, ok juga, baik-baik nurse kat HKL. Borak-borak dengan diaorang. Masa dalam bilik labour room isteriku kena induce lagi tapi masuk kat tangan. Pukul 4 petang, doktor check baru buka 4sm. Doktor bagi sampai pukul 8, masa pukul 8 check baru buka 5. Doktor pakat datang masa tu dia bagi lagi masa sampai pukul 10, dan lepas check masa pukul 10 dah buka 7sm. Akhirnya, doktor pakar bagi sampai pukul 12. Dan 11.45 malam doktor pakat periksa dan buka 9sm masa tu dan dia bagi lagi masa 1 jam. Akhirnya pada pukul 1 pagi, nurse check dah buka 10sm, dan kepala dah nampak. Aku dipanggil masuk labour room, aku genggam tangan isteriku di sisi. Masa tu lagi ramai nurse yang datang, 4 orang rasanya, dan sorang doktor. Diaorang banyak menolong isteriku cara-cara nak teran, terutama sekali nurse Nora. Selepas 15 kali teran agaknya, akhirnya aku nampak kepala anak ku dah keluar. Dan bila isteriku teran lagi dan doktor dan nurse tarik kepala anak ku, terus seluruh badan dia keluar. Dan secara automatik anakku terus menangis. Jelas kegembiraan terpancar di muka isteriku. Walaupun terpaksa bertarung dalam labour room selama 14 jam, akhirnya anak lelaki kami yang pertama selamat lahir ke dunia Allah ini. Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah s.w.t. kerana kami telah dikurniakan seorang anak lelaki yang sihat dan cukup sifat fizikal dan mentalnya. Terima kasih Ya Allah.



Waktu melawat 12.30 petang - 7.30 malam

Saturday, February 27, 2010 | |

Pagi ni aku bangun awal, mandi-mandi terus pergi pejabat. Kebetulan hari ni Busu pun nak pergi pejabat, elok aku sampai pejabat, Busu pun sampai tapi dia pergi klinik dulu. Masuk pejabat, aku terus telefon isteriku tapi tak angkat. Tak lama lepas tu isteriku telefon, dia cakap doktor pakar dah datang, dia bagi pilihan 1) esok induce 2) dia bagi balik tapi apa-apa risiko tanggung sendiri. Buntu juga aku jadinya. Air kencing dah tak kotor pastu darah pun ok. Cuma Total Protein dalam darah kurang 2 point dan albumin pun kurang 2 point. Lepas tu mak mentua aku telefon, dia cakap dah masak lauk untuk isteriku. Terpaksa aku pinjam kereta Busu untuk pergi ambil lauk tu sebab aku datang pejabat naik motor. Baru separuh jalan, Busu telefon cakap Mira dah abis ambil test komputer, dia dapat 48 markah. Aku pergi jemput dia dulu pastu baru balik rumah Busu. Sampai rumah, aku makan dulu sikit, lepas tu terus pergi pejabat balik. Sampai pejabat, aku terus pergi hospital untuk tengok isteriku yang tercinta. Sampai masa tu ngam-ngam pukul 12.30. Kami makan sama-sama lauk yang mak mentuaku masak. Tapi isteriku tak lalu nak makan sebab fikirkan apa yang doktor pakar cakap. Rasanya nak taknak terpaksa juga ambil pilihan induce.

Check-Up @ HKL

Tuesday, February 23, 2010 | |

Hari ni, aku bangun pagi dan terus pergi Dang Wangi beli nasi lemak. Lepas makan, kami siap-siap nak pergi HKL ada appointment check-up. Hari ni lambat sikit check-up, pukul 11.30 pagi. Kebetulan masa masuk pintu klinik tu, terserempak dengan makchek. Lepas check air kencing, isteriku pergi check BP. Tinggi juga hari ni, kena jumpa doktor. Bila giliran isteriku, makchek tolong panggil dapat la cepat sikit. Tapi bila dah masuk dalam jumpa doktor, aku kat luar rasa lama plak. Macam ada masalah je. Bila isteriku keluar, dia cakap air kencing kotor, pastu BP pun tinggi. Doktor terus tahan.

Kisah Nabi Isa a.s. dengan Iblis

Wednesday, January 6, 2010 | |

Kisah Nabi Isa a.s. dengan Iblis

Imam Ahmad dalam kitab al-Zuhd meriwayatkan daripada Ibn Syihab al-Zuhri katanya, "Iblis bertanya kepada Nabi Isa a.s.: "Wahai Anak Maryam, bukankah musibah tidak akan menimpamu kecuali dengan ketentuan Allah?" Nabi Isa menjawab: "Benar, wahai musuh Allah. Iblis berkata lagi, "Kalau begitu, cubalah engkau naik ke puncak gunung, lalu lemparkanlah dirimu dari atasnya. Lihatlah apakah engkau mati atau tidak?". Nabi Isa menjawab, "Wahai musuh Allah, sesungguhnya Tuhan boleh menguji hambaNya, tetapi hamba tidak boleh menguji Tuhannya".

Niat Baik Niat Buruk

Ibn Abbas r.a. berkata, "Rasulullah s.a.w. meriwayatkan bahawa Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:
Sesungguhnya Allah mencatatkan seluruh kebaikan dan keburukan. Kemudian Allah menjelaskan, "Barangsiapa yang memiliki keinginan untuk melakukan kebaikan, tapi ia tidak sempat melakukannya, maka Allah mencatatkan satu kebaikan yang utuh untuknya. Jika ia benar-benar melakukannya, maka Allah mencatatkan untuknya sepuluh kebaikan (pahala) hingga 700 kali ganda, bahkan lebih baik.

Jika ia memiliki keinginan melakukan perbuatan yang keji, tapi ia tidak sempat melakukannya, Allah mencatat satu kebaikan yang utuh untuknya. Jika ia memiliki keinginan untuk melakukan perbuatan keji dan ia benar-benar melakukannya, Allah mencatat untuknya satu kekejian (dosa)" (Hadis Riwayat al-Bukhari).

Dipetik daripada Majalah Solusi isu terkini (No. 14).

Hari pertama kerja di tahun 2010

Monday, January 4, 2010 | |

Hari ni hari pertama dalam tahun 2010 untuk memulakan kerja. Setelah lama bercuti, macam biasa la mula la datang penyakit malas. Kena plak pagi tu aku dengar kat luar rumah hujan plak, lagi la makin malas nak bangun pagi. Tapi akhirnya berjaya juga aku lawan hasutan yang menyuruh aku terus lena untuk tidur. Aku terus gosok baju, dan lepas tu kejutkan isteriku. Nasib baik masa kami tengah siap-siap, hujan dah mula reda. Dalam perjalanan, cuma ada setitis dua hujan. Masa lalu depan sekolah kebangsaan, banyak betul kereta sebab ramai ibubapa yang hantar anak untuk hari pertama persekolahan. Lepas beli sarapan kami terus ke pejabat. Hari ni banyak plak kerja nak disiapkan. Tengahari makan pukul 1, macam biasa la 3 orang pergi Megan je senang. Hari ni malas plak nak buat overtime, nasib baik kerja semua dah habis. Balik kerja terus pergi Asama. Tapau je sebab hari macam nak hujan. Makan kat rumah best sikit sebab boleh gelojoh sikit, hehehe.

Tahun Baru 2010

Friday, January 1, 2010 | |

"SELAMAT DATANG TAHUN BARU 2010"

Rasulullah Selalu Berlapar

Aisyah r.ha. berkata, "Tidak pernah keluarga Rasulullah s.a.w. kenyang makan roti gandum tiga hari berturut-turut sejak beliau datang di Madinah sehingga beliau meninggal dunia". Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu'aim, Khatib, Ibn Asakir dan Ibn al-Najjar daripada Abu Hurairah r.a. dia berkata:

"Aku pernah datang kepada Rasulullah s.a.w. ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya: "Ya Rasulullah! Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau sakit?"

Jawab Baginda, "Aku lapar, wahai Abu Hurairah!"

Mendengar jawapan Baginda itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan Baginda itu. Baginda merasa kasihan melihat aku menangis lalu berkata:

"Wahai Abu Hurairah! jangan menangis, kerana beratnya hisab di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya semasa hidup di dunia".

(Dari kolum Assalamualaika Ya Rasulullah, Majalah Solusi isu No. 14)

Follow-Up Checkup @ HKL

Tuesday, December 29, 2009 | |

Dah pukul 2 pagi tapi aku tak tidur lagi. Hari ni isteriku ada follow-up checkup kat HKL. Kalau hari ni checkup dan semuanya ok, lepas ni tak payah lagi datang checkup kat HKL. Nanti hari Khamis ni monthly checkup kat Klinik Sang Kancil plak. Sekejap je kandungan isteriku dah 29 minggu. Mungkin bulan 1 nanti, mentuaku nak buat kenduri doa selamat, baca Yassin sebab kandungan isteriku dah 7 bulan. Tak tahu la aku, kata diaorang itu memang ada orang sana. Pelik juga aku, kenapa tak buat kenduri doa selamat lepas semuanya selamat, maksudku selepas isteriku selamat bersalin nanti. Kalau setakat bacaan doa selamat @ bacaan Yassin, aku ok je tapi jangan plak sampai ada yang melenggang perut ke mandi bunga ke. Itu dah jadi ikutan kaum lain, aku tak nak sebab dah khurafat kiranya.Bukannya aku ni pandai sangat bab agama tapi sebab banyak aku baca dari soal-soal agama.

EL

Monday, December 28, 2009 | |

Hari ni aku terpaksa ambil EL. Macam biasa la, aku kena juga hantar isteriku ke pejabat pagi tu. Tengahari pun aku tak dapat makan sama dengan isteriku. Petang tu 5.45 tepat aku jemput isteriku balik. Hari mendung je petang tu, nasib baik sampai kedai makan Asama tak hujan lagi. Masa kami tengah makan, baru la hujan turun, nasib baik sempat sampai kedai makan dulu. Kami terpaksa tunggu sampai hujan reda baru balik rumah. Sampai rumah, macam biasa la, isteriku tengok FB dia dulu sebab nak tengok ladang dia. Lepas tu baru aku tengok kampung aku plak. Malam ni macam biasa la, isteriku tidur dulu lepas tengok Awan Dania Di Sebalik Tabir. Aku terus tengok Internet sambil tengok kampung sambil download lagu sambil tengok email.

1Utama

Sunday, December 27, 2009 | |

Bangun pagi tu, aku terus mandi dan bersiap nak pergi pejabat. Hari ni isteriku masak cekodok sebab kami dah tak tahu nak makan apa pagi ni. Petang tu kami tak tahu nak pergi mana, last-last kami pergi ke 1Utama. Sampai 1Utama, susah betul nak cari parking, berapa kali pusing pun tak tahu la, last-last dapat juga parking. Lain kali memang tak boleh pergi 1Utama hari Ahad tapi kalau hari Sabtu ok lagi. Parking tu pun keluar kat Parkson rupanya. Kami terus pergi cari Kenny Rogers dulu sebab masing-masing lapar. Lepas makan kami pergi Jusco pusing-pusing tengok barang baby. Tapi tak beli apa-apa pun sebab tengok seluar jeans baby boy, terkedu juga la. Dah macam harga orang dewasa. Lepas tu kami pergi beli Roti Boy. Dah tak tahu nak pergi mana, kami balik rumah. Memang takda kerja betul la, pergi 1Utama semata-mata nak makan Kenny Rogers lepas tu balik. Hehehe...