Ooo... Balik kampung

Friday, August 28, 2009 | |

Hari ni, lepas kerja kami balik rumah dulu. Kemas-kemas barang yang patut sebab malam sikit lagi nak balik Taiping. Mak isteriku dari tadi masih tak puas hati lagi sebab kitaorang nak balik Taiping. Kitaorang dah bagitahu awal-awal nak balik Taiping, bila isteriku cakap tak dapat balik nak hantar adik iparku balik asrama, mak mentuaku melenting plak, diungkitnya cerita-cerita lama yang tak ada kaitan. Kesian isteriku kena hadapi semua ni, dalam keadaan dia tengah mengandung, takut juga aku dia tak boleh terima tekanan ke. Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosa isteriku terhadap maknya. Masuk hari ni, dah 2 hari isteriku tak larat nak puasa.

Taman Tasek Jaya

Sunday, August 9, 2009 | |

Pagi-pagi aku dan isteriku dah siap-siap dari rumah Wan nak pergi balik Bongek sebab mak mentuaku dari Jumaat lepas lagi minta tolong hantarkan Alang. Kitaorang ajak Wan sekali sebab nak meredakan keadaan, dah malas nak pening kepala, masing-masing buat kepala masing-masing mak dengan ayah mentuaku. Sampai Bongek, diaorang tengah siap-siap, ingatkan dah siap masa tu. Masa diaorang tengah siap tetiba mak mentuaku datang kat isteriku, ucap tahniah sebab dah mengandung. Alhamdulillah, harap-harap okay la dah berbaik tapi tak lama lepas tu mak mentuaku mengungkit lagi, cakap kenapa isteriku tak bagitahu dia direct, rasanya aku dah bagitahu semalam, takkan sebab aku yang bagitahu dia nak marah isteriku. Pening balik kepala aku. Dah siap-siap semua, terus bertolak tapi singgah Taman Tasek Jaya dulu sebab ada kenduri saudara. Lepas kenduri baru hantar Alang MRSM Kuala Klawang. Lepas hantar Alang, hantar mak dan ayah mentuaku balik Bongek. Sampai rumah siap buat air lagi, suruh minum dulu. Kitaorang minum je la, lepas tu hantar Wan balik Kg Batu, lepas tu kitaorang balik KL.

Wan Jenah kenduri...

Saturday, August 8, 2009 | |

Hari ni Wan Jenah wat kenduri doa selamat lepas Asar. Kitaorang balik dari Desa Pandan terus ke rumah Wan, sampai dalam pukul 12.00 tengahari. Masa sampai diaorang tengah masak-masak lagi. Lepas aku salam semua orang, kitaorang borak-borak, tapi nampak la mak mentuaku jeling-jeling je bila kitaorang tengah borak-borak. Lepas doa selamat, kitaorang makan-makan. Dah abis kemas-kemas semua, aku panggil ayah mentuaku kat dapur, masa tu mak mentuaku pun ada juga tapi dia buat-buat sibuk. Aku cakap kat ayah mentuaku yang isteriku dah mengandung, tadi dia masam je tapi bila cakap dah mengandung nampak suka je, tapi mak mentuaku macam buat-buat tak dengar. Pening kepala aku. Dah abis kemas semua, mak dengan ayah mentuaku nak balik Bongek, masa diaorang nak balik aku salam diaorang, pastu masa salam mak mentuaku aku cakap isteriku dah mengandung, dia tak cakap pape pun. Cakap la Alhamdulillah ke... Malam ni aku dengan isteriku tidur kat rumah Wan, lagi la terbakar rasanya mak mentuaku.

Klinik Kita @ 08w4d

Friday, August 7, 2009 | |

Syukur Alhamdulillah...

Hari ni, aku dan isteri pergi Klinik Kita di Desa
Pandan. Lepas dah dua kali buat pregnancy test, akhirnya aku berjaya bawa isteriku pergi klinik juga. Sampai di klinik, isteriku dah resah gelisah sebab dia takut pergi klinik. Masa tu register pukul 7:30 petang tapi doktor masuk pukul 8 malam. Lepas register, balik rumah dulu, dekat-dekat pukul 8 baru pergi klinik balik. Lama juga tunggu doktor nak panggil, akhirnya dekat pukul 9 baru nombor dipanggil. Masuk bilik, jumpa doktor lelaki, nasib baik dia ok, nampak alim juga. Dia ucap tahniah sebab dah mengandung. Dia suruh isteriku baring di katil, dan bila dia scanned, nampak jelas jantung baby tu berdenyut. Alhamdulillah, syukur kerana Allah telah kurniakan rezeki kepada kami. Doktor printkan scanned tu, dia siap cakap lagi ada pasangan lain yang kumpulkan gambar scanned tu dan tampal dalam album tiap-tiap bulan. Doktor cakap usia kandungan isteriku telah mencecah 8w4d kalau ikut ukuran scan, dan kalau ikut diameter dah berusia 10w2d @ 47mm dan dijangka lahir pada 15.03.10. Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Masa bayar bil, untuk scanned kena RM40, minta acid folic kena RM21 untuk 30 biji.

Kg Malaysia Tambahan

Saturday, August 1, 2009 | |

Lepas bangun pagi, masa tu pukul 9.30 kot, kitaorang pergi rumah Wan kejap. Sampai kat rumah Wan, kitaorang hantar apa ntah lupa la, lepas tu Wan buat air suruh minum dulu. Kitaorang cakap takpa la sebab nanti mak bising. Tapi Wan buat juga air milo panas. Kitaorang cepat-cepat minum, baru je cakap nak balik, tengok-tengok mak dah call suruh balik sebab Pak Lang dah sampai, kelam kabut la kitaorang. Sampai kat rumah, mak mentuaku dah bising-bising cakap diaorang dah lama tunggu. Dah start balik mak mentuaku tak puas hati apa ntah, cakap lepas ni taknak janji lagi dengan isteriku apa-apa. Kitaorang baru lambat skit je, 15 minit je, dia bising. Aku dah pening, sapa yang buat janji sebenarnya. Sebab aku dengan isteriku tak janji apa-apa pun, tapi mak mentuaku yang pandai-pandai janji dengan orang tak tanya kitaorang dulu. Dah siap-siap terus keluar pergi Kg Malaysia Tambahan. Dekat highway rasanya inilah kali pertama aku bawa slow giler 80-90 km/j. Aku tengok kat belakang ada je kereta Pak Lang ikut, memang aku tak tinggal. Tapi tahu-tahu mak mentuaku bising cakap, "Dah tahu orang ikut kat belakang, bawa la slow-slow...". Aik? Aku ke yang salah? Kalau aku ikut orang, mesti la aku ikut cara orang tu. Lagipun aku tak tinggal pun Pak Lang, memang sepanjang jalan ada je aku tengok, kenapa tiba-tiba mak mentuaku cakap macam tu, terasa juga la... Sampai Kg Malaysia Tambahan, kitaorang makan-makan. Lepas makan, aku mesej Busu cakap nak ajak makan sama malam ni dengan Along. Lepas kenduri, terus balik rumah aku kat Desa Pandan. Malam tu pergi Kajang makan kat sana.