Thye Phing @ 13.06.09

Saturday, June 13, 2009 | |

Minggu ni, Sabtu 13.06.09, kenduri kami di Taiping pula. Persiapan yang kami buat semuanya berjalan lancar, bermula dari pagi kami sekeluarga mula sibuk menjalankan tugas masing-masing.

Rembau @ 06.06.09

Saturday, June 6, 2009 | |

Alhamdulillah, selesai sudah majlis akad nikah semalam, hari ni kami bersiap untuk kenduri bersanding. Dari awal lagi, kami bersedia untuk semuanya. Memang telah menjadi lumrah dalam mana-mana majlis pun, walaupun kita dah bersiap sedia untuk semuanya, pasti ada juga aral yang melintang. Pak andam pulak yang buat hal kali ni sebab dia datang lambat untuk me'make-up' isteriku. Sampaikan orang kompang pun dah bising-bising.

Kemeriahan majlis ni jelas tergambar, dengan DJ yang memainkan lagu-lagu dan kata-kata yang mencuit hati. Persembahan kompang yang menarik, dan kawan-kawan dan sanak saudara yang datang memeriahkan majlis kami, terima kasih kami ucapkan kepada semua tidak terhingga.

Sah Menjadi Suami Isteri @ 05.06.09

Friday, June 5, 2009 | |

Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. kerana kami telah selamat diijabkabulkan. Dengan sekali lafaz sahaja maka telah sah kami berdua bergelar suami isteri.

Bila teringat kembali, aku tersenyum kerana saat mula-mula aku masuk ke pintu rumah, semua mata memandang padaku. Ketika ini dapat lagi aku mengawal perasaan gemuruhku. Tatkala aku duduk di atas bantal, aku cuma memerhatikan keadaan sekeliling, dapat kulihat dari wajah bakal bapa mentuaku yang mula kegelisahan, maklumlah ini kali pertama dia menerima menantu. Dan bila semua telah berkumpul, saat tok kadi memberi sedikit ucapan, aku masih dapat mengawal perasaan gementar ku. Tapi bila saat aku menggenggam tangan bapa menrtuaku, terasa tangannya yang menggigil. Dan dengan tak semena-mena, disebabkan tangan bapa mentuaku yang menggigil dengan tanganku sekali mengikut rentak gigilan bapa mentuaku. Aduh, elok-elok aku dapat mengontrol macho tak menggigil, disebabkan tangan bapa mentuaku, dengan aku sekali menggigil. Saat bapa mentuaku melafazkan lafaz nikah, tak semena-mena saksi menyuruhnya berhenti, kerana dia suruh bapa mentuaku perlahankan sikit lafaz, jangan laju macam keretapi. Kali kedua bapa mentuaku melafazkan lafaz nikah, tak sempat aku menjawab ya saat namaku dipanggil. Melihat tok kadi dan saksi meneruskan sahaja, kusambung lafaz nikah selepas bapa mentuaku dengan sekali lafaz, “Aku terima nikah Nor Azreen Binti Zaharin dengan mas kahwin RM200 tunai”, maka dengan sekali lafaz, dan disahkan oleh dua orang saksi, maka sahlah kami bergelar suami isteri…