Streamyx-In-A-Box

Thursday, December 10, 2009 | |

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku masukkan Streamyx kat rumah. Selepas menunggu selama 1 bulan lebih, hari ni dapat aku melayari internet dari rumah. Dapat la aku nak tengok-tengok kampung aku. Ingatkan susah sangat nak setupkan Streamyx sebab ikut CD setup dia tak menjadi, tapi rupa-rupanya akaun aku dah lama aktif, so terus je boleh online.

Sedikit proses yang aku alami:
25.10.2009 - Aku apply Streamyx-In-A-Box dekat rumah aku, sebab masa tu diaorang ada buka booth. Dia cakap dalam 1 minggu Telekom akan telefon untuk pasang line telefon.
06.11.2009 - Kontraktor Telekom telefon cakap nak pasang telefon hari ni. Aku tunggu kat rumah, tak lama lepas tu kontraktor sampai. Dia usik-usik kotak line telefon tu, lepas tu buat-buat buka kotak tu yang memang wayar telefon tu ok (sebab aku dah check sebelum tu), pastu dia telefon operator kot, dah ok. Kena la caj RM30 untuk semua tu.
11.11.2009 - Aku emel Telekom tanya pasal status Streamyx aku, dan dia sarankan aku pergi ke TM Point berdekatan untuk periksa status sebab dalam sistem dia takda apa-apa.
13.11.2009 - Aku pergi TM Point Jalan Raja Chulan, dan aku re-apply balik Streamyx. Sebab yang sebelum ni aku apply dengan ejen Telekom. Dia cakap kalau melalui ejen memang lembat sebab kena tunggu ejen submit aku punya permohonan. Dia cuba tolong hack aku punya no telefon supaya boleh submit untuk Streamyx.
30.11.2009 - Aku pergi sekali lagi ke TM Point, kali ni Telekom cakap lebih baik tukar no telefon. Sebab no telefon yang ada sekarang Telekom dah book untuk ejen, jadi susah dia nak submit aku punya permohonan Streamyx. Jadi aku pun tukar la nombor telefon. Aku cakap nak pasang sendiri je, tapi dia cakap kalau technician pasang boleh terus guna. Kalau sendiri pasang susah sikit. Jadi aku terima apa dia cakap, jadi kena la tunggu plak technician dia telefon aku nanti.
09.12.2009 - Aku telefon 100 tanya pasal aku punya permohonan Streamyx. Dia cakap semua permohonan dah proses pada 03.12.2009 dan ok. Dan dia akan emel kepada TM Point Jalan Raja Chulan untuk tanya apa yang sangkut ke. Dan bagi aku no report.
10.12 2009 - Aku terima panggilan dari Telekom cakap Streamyx-In-A-Box aku dah boleh ambil di TM Point Jalan Raja Chulan. Laaaaa, kena ambil rupanya, ingatkan technician dia nak datang rumah. Takpa la, aku pergi la ambil daripada kena tunggu technician dia datang bila plak. Sampai sana, dia cakap sebelum ni ada telefon aku tapi mungkin aku engaged. Aik? Rasanya kalau aku engaged, mesti ada call waiting sebab aku dah aktifkan call waiting. Emmm, entahla. Malam tu aku cuba install semua, dan akhirnya dapat aku melayari Internet.

Modem jenis Riger DB108-WL Wireless ADSL 2/2+