Check-Up @ Klinik Komuniti Desa Pandan

Thursday, October 1, 2009 | |

Hari ni pukul 6.30 pagi aku dah bangun, terus gosok baju dan seluar. Lepas tu terus mandi, keluar bilik air, baru aku ingat nak kejutkan isteriku tapi tengok-tengok dia dah bangun tengah gosok baju. Aku pun siap-siap terus keluar rumah pergi pejabat dulu. Sampai kat pejabat, on kan komputer lepas tu terus pergi Klinik Komuniti Desa Pandan. Sampai kat sana tengok isteriku dah tunggu, masa tu pun dah ada 4 orang ibu mengandung termasuk isteriku. Kalau nak pergi klinik kerajaan ni memang kena awal-awal. Tunggu sampai pukul 8 baru buka klinik tu, bila staf tu letak je nombor kat meja, semua berebut ambil nombor, aku dengan isteriku yang tak tahu apa-apa pun pergi je kat meja tu ambil nombor. Dapat nombor 9, padahal isteriku orang yang ke-2 sebenarnya tunggu kat situ. Masa daftar staf tu nak kad pengenalan suami, nasib baik aku ada kat situ, lepas tu aku balik rumah ambil bil elektrik, itupun dia nak juga untuk kali pertama. Nasib baik rumah 20 langkah dah sampai. Dah daftar semua, isteriku kena uji air kencing dulu, kena timbang, berat dia 60.5kg tinggi 157sm. Berat naik, sebelum kahwin rasanya 54kg, tapi tekanan darah isteriku tinggi sebab dia darah gemuruh, takut pergi klinik, bacaan pertama 161/98, kali kedua 138/95, bacaan ketiga berapa entah, kali ke-4 baru ok, 130/80. Pukul 10.30 baru selesai semuanya, 3 jam baru habis, lama betul. Akhirnya dapat juga Buku Merah ni. Tapi dah tahu dah, temujanji lepas ni 29.10.2009, kalau pergi nanti kena duduk dekat meja dia letak nombor senang nak ambil. Kakak yang dapat nombor 1 tadi pun pukul 9 baru habis semua.